Fiqh mesyuarat

image

Mesyuarat bathil

Terkini, facebook banyak menyoal printscreen yang dibuat oleh ahli PAS yang mungkin tersalah catur  menyebarkan perbincangan tertutup Pemimpin PAS sehingga mencalit nama pada beberapa kepimpinan PaS.

Perbincangan secara tertutup dibenarkan dalam Islam sekiranya ia tidak menyentuh kepada kesepakatan melumpuhkan Islam.

Mesyuarat bathil ini pernah berlaku di Darul Nadwah ketika pemimpin musyrikin Quraisyh berbincang bagaimana menyekat perkembangan Islam oleh baginda Rasul.

Ada yang mencadangkan Nabi ditawarkan tawaran, dibuang negeri sehingga kemuncaknya dicadangkan oleh iblis agar dibunuh.

Perbincangan untuk mencari jawapan

Perbincangan yang berlaku sesama kepimpinan adalah tertutup demi menghormati sensitiviti kesepakatan dalam pakatan rakyat. Jika ia dibincang secara terbuka, menyebabkan ahli2nya yang lebih dangkal merosakkan kesepakatan sedia ada dengan tindakan kurang matang.

Maka sebab itu perbincangan demi mencari jawapan terbaik seperti ini adalah dibenarkan . Malah peserta perbincangan ini mesti ahlu hal wal aqad. Iaitu pakar berautoriti dalam bidang tersebut. seandainya bukan pimpinan yang menyertainya, ia bagai membuka ruang hasil perbincangan tidak diperoleh.

Munafik Haraki

Seseorang yang mengisytiharkan beliau adalah ahli PAS mesti menghormati mesyuarat di antara kepimpinan berautoriti dan haram hukumnya beliau mengatasi kepimpinan yang telah membuat keputusan dalam perbincangan.

Sekiranya beliau menyebarkan perbincangan yang asalnya tertutup sehingga merugikan kesepakatan dan kesatuan yang cuba dibawa bersama pakatan rakyat, sejauh mana kerugian berbentuk perpecahan yang berlaku disebabkannya perlu ditanggung oleh beliau di mahkamah akhirat.

Tidak peduli dan balasan di dunia

Sekiranya beliau tidak memperdulikan hukum hakam dalam hal melibatkan fiqh mesyuarat, maka hukum itu tidak lenyap di sisi Allah di akhirat melainkan ia bertaubat dan memohon maaf pada pimpinan dan sesiapa yang terlibat.

Janji Allah bahawa ia akan tersingkir di dunia dari keberkatan hidup dan kesempitan bersangatan kerana perbuatan hasad terhadap Islam yang dilakukannya.

Gerakan Islam adalah gerakan yang dibantu Allah dari ancaman dan bahaya sehingga hari kiamat. Maka beruntung siapa yang bersepakat bersama mereka.

Mesyuarat bathil termasuk golongan saqar.

Merujuk surah muddasir : 42-47
Ciri-ciri golongan saqar.

1) lalai hal solat
2) tidak beri makan orang miskin/berzakat
3) menyertai perbincangan yang bathil
4) perbuatan, percakapan yang tidak pecaya pada hari pembalasan
5) tidak bertaubat sehingga mati.

Advertisements

Gazza dan aidilfitri

image

Sebaik diisyhtiharkan raya semalam. Kampung saya di Felda bagaikan perang. Ada yang baling mercun atas bumbung rumah.

Saya terpaksa keluar segera dari kampung itu untuk hantar lemang ke rumah saya di SP. Sebaik mahu keluar ada juga yang baling mercun hampir dengan motor saya.

Mahu juga saya turun lempang, tapi saya bukan budak2 untuk buat semua tu.

Terfikir seketika

Itu baru mercun bola, bunyi macam nak pecah telinga. Bagaimanalah di Gazza ketika ini ya. Dilempar bom dan peluru berpandu.

Abang saya kata, sepanjang kursus Palapes yang diikuti beliau, dia menceritakan bagaimana jarak 5 km jatuhan bom itu boleh menggegarkan otak sehingga keluar darah dari hidung dan telinga akibat tekanan dan gegaran hasil dari bom tersebut.

Sebaiknya

Sebaiknya duit beli mercun tu, digunakan untuk disalurkan pada rakyat Palestin untuk digunakan memerangi Israel. Paling tidak pun duit itu dapat melumpuhkan israel apabila disalurkan kepada satu jabatan antarabangsa milik negara Islam untuk dibuat satu teknologi ketenteraan. Di mana ia dapat digunakan untuk memerangi Israel.

Peranan Turki

Saya mendapat berita Recip Tayyip Edorgan akan menghantar Flotilla seterusnya sebagai skuad berani mati / skuad jihad bagi orang Islam.

Poinnya di sini, Turki telah memainkan peranannya. Edorgan telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah di Turki untuk membantu umat Islam.

Apa peranan kita di Malaysia??

Jihad di Malaysia

Ramai bercakap , saya nak berjihad di Palestin. Namun rakyat Palestin sendiri menegah, kata mereka, cukup hanya doa yg dikirimkan oleh kita. Dan berjuanglah di Malaysia dan Negara kita sendiri. Sesudah dapat kuasa oleh orang Islam. Hantarlah sebaik2 tentera ke Palestin dan Negara umat Islam yang tertindas.

Maksiat

Negara kita sendiri penuh dengan maksiat judi, tajaan miss world 2014, gelandangan yang masih menunggu zakat, perzinaan , minum arak, dan berbagai kepincangan dalam Negara. Tapi kita masih mahu berjihad di Palestin.

Soalan

Mereka berhadapan dengan bom sehingga hancur tubuh. Berkecai otak, bersepai anggota tubuh. Kita baru kena gas pemedih mata, terkena kelonsong pemedih mata. Sudah lari bertaburan. Selepas itu, bertaubat tidak akan datang lagi. Bagaimana kita mampu pergi berjihad ke Palestin. Semua itu tidak lain, hanya isti’jaal atau terburu2 mengikut nafsu marah.

Marhalah

Sedanga dalam perkara jihad, memerlukan pergerakan secara berkumpulan dan berskala besar itu lebih mendapat keberkatan. Berjihad dengan senjata memerlukan strategi dan arahan dari satu qiyadah. Adakah kita boleh berjihad dengan satu balingan batu, kemudian terus dibom. Ya, inshaaAllah anda syahid. Tetapi tidak seuntung orang lain. Mereka kelak masuk syurga secara berkumpulan. Anda masuk syurga bersendirian. Mahukah begitu??

Aidilfitri

AidilFitri tahun 2014 adalah titik mula pada kita sebagai persediaan untuk berhadapan dengan musuh2 dalam Negara dan di Luar. Maka persiapkan diri kita untuk melawan nafsu kita seterusnya bergabung dengan persatuan orang Islam dalam Negara sebagai sebuah kesatuan yang besar, lalu melatih diri berhadapan dengan kemaksiatan dan kemungkaran dalam Negara dulu.

InshaaAllah, setelah mendapat latihan itu, kita boleh memilih untuk berjuang di Palestin atau bersedia apabila Negara memerlukan tenaga jihad.

Berjihad yang sebenar adalah menegakkan kalimah tauhid dan hukum Al-Quran. Jika tidak cukup syarat itu, kita di jalan Taghut. Nauzubillah.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Kaab dulu dan sekarang

image

Kaab dulu

Umum mengenali Kaab, Murarah dan Hilal. Mereka bertiga antara sahabat Nabi yang tidak ikut ke perang Tabuk. Lalu dikenakan tindakan disiplin terhadap mereka.

Murarah bin Rabi’ tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad S.A.W kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.

Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah S.A.W, mengizinkan sebab keuzurannya.

Ka’ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka’ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah S.A.W di Tabuk.

Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka’ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka’ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.

“Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?”, tanya Rasulullah S.A.W kepada Ka’ab.

Lantas Ka’ab menjawab, “Ya RasulAllah S.A.W, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar.

Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran.”

Kesalahan Ka’ab bin Malik, Murarah bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan seruan-seruan supaya tiadanya wala’ dalam jamaah, ataupun menubuhkan pasukan lain untuk menyaingi pasukan Rasulullah S.A.W.

Lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku di Tabuk, bahkan pasukan Rasulullah S.A.W kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah.

Mereka bertiga dipulaukan untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah S.A.W.

Kaab sekarang

1) simpan dendam dulu
2) pengaruhi orang lain dengan kata-kata menghina pimpinan serta ahlinya.
3) tubuh kumpulan jemaah baru.
4) nyatakan apa jemaahnya paling baik dan mengajak mereka yang senasib dengannya berkhianat jika berlaku kerjasama. 5) bermulalah pengkhianatan.

Study case

1) lemah pemimpin sendiri.
2) lemah ahli kemudian.
3) faktor luaran.

Lemah pemimpin

1) kurang tarbiyyah. Usrah sekarang, tak ada lagi baca quran, tadarus dan kaji sirah.
2) bahagi tugas tiada sebab tak yakin pada ahli. (Bagi tugas belum lagi dah tak yakin)
3) gagal berkawan dengan ahli. (Ahli menjarakkan diri, ketua gagal mendapatkan jawapan kerana gagal berkawan)

image

Lemah ahli

1) memang dari awal ahli tidak berminat dan suka bermudah-mudah dalam urusan agama. Dosa pahala sama sahaja.
2) ahli suka mengatur kerja sendiri dan sukar menerima dan memahami peranan.
3) ahli memiliki sifat mazmumah, ego, marah, drndam dan dengki.

**Faktor utama : DOSA pada hati.

Cadangan kaab sekarang

1) banyak diam
2) baiki diri.
3) kuasai ilmu
4) bersihkan hati
5) berzikir dan berdoa
6) iltizam dengan jemaah muslimin.

Cadangan pada pemimpin

1) berkawan
2) faham
3) beri masa
4) banyak berserah dari ‘blame’
5) bagi kepercayaan dengan tugas. Kalau tak percaya, (turun pangkat)

**Point :  jangan tinggal satu pun ahli dari sudut sama ratakan kepercayaan dan beri peluang.

image

Fiqh Gencatan Senjata

image

Dalam AL-Quran ada perintah agar menerima permintaan gencatan senjata jika diminta. Serta ada ayat yang menyatakan bagaimana Yahudi adalah bangsa yang paling cepat mengingkari janjinya. Namun, kenapa Islam tetap memerintahkan agar menerima permintaan gencatan senjata jika diminta ??

Firman Allah SWT: “Jika mereka meminta perdamaian, maka terimalah dan bertawakal kepada Allah.” (Surah al-Anfal, ayat 60)

Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka?Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. (Baqarah: 100)

Hikmah umum yang kita ketahui adalah agar masyarakat perang ketika itu dapat memiliki tempoh bertenang . kembali memulihkan suasana keamanan. Serta dapat menunjukkan Islam adalah agama toleransi.

Namun, penerimaan gencatan senjata dalam Islam tidak begitu mudah kerana perlu merujuk fiqh semasa.

Gencatan senjata tajaan Mesir sewajarnya dimaklumi masyarakat dunia bahawa pemerintahnya adalah As-Sissi yang membunuh ribuan rakyat Mesir yang bangkit menegakkan hukum Tuhan di Mesir. Maka sudah pasti As-Sissi memihak kepada Zionis tanpa merujuk kepada HAMAS sayarat gencatan senjata yang dipersetujui.

Antara tuntutan syarat yang perlu dipenuhi Zionis adalah membuka pintu sepadan Rafah. Adakah As-Sissi sanggup memasukkan syarat tersebut dalam perjanjian gencatan senjata HAMAS-ISRAEL ??

Sedangkan aktivis kemanusiaan di Mesir sendiri mahu memasuki pintu sepadan Rafah pun dihalang oleh tentera As-Sissi.

Kematangan HAMAS terhadap Fiqh Gencatan Senjata ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu di mana Zionis selalu melanggar syarat perjanjian. Justeru , ketika ini jurucakap HAMAS , Sami Abu Zukhri menolak pelawaan Mesir serta menunggu arahan daripada pemimpin HAMAS sendiri secara rasmi.

Kami berdoa agar peluang yang ada ketika ini (tidak dilaksanakan gencatan lagi) dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak HAMAS untuk menggasak tentera Zionis di sempadan mereka sendiri .

Ketika ini Al-Aqsa syarif memaklumkan bahawa tentera Zionis mengarahkan penduduknya meninggalkan kampung berdekatan sepadan kerana tentera Briged Al-Qassam telah Berjaya menyelinap masuk ke kawasan tersebut.

Kami berdoa agar dikuatkan unit Propaganda dan Perisikan Briged bagi membuatkan hati masyarakat dan tentera Zionis gerun serta lari bertempiaran meninggalkan kampung mereka sehingga bersembunyi di rumah-rumah mereka, dan ke Air Port Israel berpusu-pusu melarikan diri. Lalu peluru HAMAS Berjaya meledakkan Air Port tersebut.

Kami berdoa agar peluang yang ada ini (ketika masih tiada gencatan senjata ). Menyebabkan Zionis terkepung, lalu Briged Al-Qassam Berjaya mengepung seluruh Bandar Israel, memburu dan menyembelih mereka di manapun mereka bersembunyi, kecuali pokok Gharkhad, di mana di situlah kubur terakhir setiap nyawa-nyawa mereka.

Semoga Zionis tidak selamat di Darat, Laut mahupun Udara. Dan Operasi ciptaan mereka ini berakhir dengan kebenaran sabit dari Hadis Nabi S.A.W.

Meriam Palestine

Masa tahun 1996 saya masih ingat zaman kanak-kanak. suasana raya ketika itu adalah dengan bermain mercun bola, mercun papan.

Ketika itu muncul majalah kartun dominan di Malaysia iaitu Apo dan Gila-Gila. Dua majalah ini sering ketengahkan isu remaja ketika itu seperti bermain mercun.
Sejak Tahun 2000. Syarikat Nintendo telah mengeluarkan game boy yang ketika itu nilainya setaraf dengan PsP sekarang.

Sejak abad 20 bermula, teknologi ICT semakin pesat di Malaysia. Mercun sudah tidak menjadi pilihan lagi.

Tapi masih ada lagi yang bermain mercun. Kemahiran mencipta bom api ini sebaiknya digunakan untuk membantu perjuangan di Palestine.

Jari-jari itu nanti di masa tua jangan disesali jika orang lain dapat gunakan pada jalan jihad. Kita kekurangan jari kerana bermain mercun. Nauzubillah.

image

Teori Domino kemusnahan Israel

Israel

Genap setahun Ikhwan Muslimin Mesir ditumbangkan sejak pertengan 2013. Konspirasi menerangi Islam ini sering dinafikan oleh journalist Israel. Mereka menggunakan nama keamanan demi menghalalkan segala kebejatan mereka.

image

Usaha menjatuhkan Dr.Morsi adalah satu usaha bagi memulakan operasi menghalau dan membunuh penduduk Gazzah ke bagi mendirikan Negara Haram Israel.

image

Sebaik beliau mendapat mandat dari rakyat Mesir. Dr.Morsi terus nembenarkan pintu Raffah dibuka agar bantuan makanan, perubatan diberikan. Beliau memberi amaran kepada Israel untuk menghantar pemuda Mesir melenyapkan Israel dari peta dunia.

Maka berlakulah konspirasi antara Israel , pemimpin Negara Arab, dan As-Sissi disertai oleh ulamak-ulamak Mesir yang tertipu dengan nafsu sendiri. Disambut pula oleh Tamarrod tajaan Israel_As-Sissi. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan kembali Mesir.

Ketika ini Israel menyerang Gazzah kembali. Kononya ketenteraan mereka yang canggih itu dapat meneruskan agenda mereka. Tidak sampai seminggu, Israel menggunakan strategi lapuk meraih sokongan Teluk Arab untuk mengadakan gencatan senjata.

image

Teori Domino kehancuran Israel

Teori ini akan disunting InshaaAllah..